Kenali Penyakit Kulit Psoriasis di Malaysia: Sebab dan Gejala

Sel kulit baru yang berkumpul di permukaan kulit yang menyebabkan terjadinya bercak tebal yang berwarna merah dan bersisik merupakan penyakit kulit psoriasis. Pertumbuhan sel kulit baru yang terlalu cepat merupakan salah satu tanda psoriasis yang membezakannya dengan penyakit ekzema yang secara amnya tidak ditutup dengan kulit mati yang bersisik.

Psoriasis juga merupakan penyakit autoimun yang tidak diketahui punca sebenarnya. Selain daripada sistem kekebalan tubuh, psoriasis juga boleh disebabkan oleh berbagai faktor samada dari dalam diri atau kawasan persekitaran.

Penyakit ini, tidak termasuk dalam kumpulan penyakit kulit menular kerana psoriasis tidak disebabkan oleh virus atau bakteria. Penyakit ini tidak akan berjangkit walaupun anda melakukan sentuhan fizikal atau meminjam barangan peribadi pesakit.

Setakat ini masih tiada lagi ubatan khas bagi menyembuhkan penyakit ini. Namun, anda tidak perlu risau kerana penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula, banyak produk untuk kulit sensitif yang terdapat di pasaran bagi mengubati gejala yang berkaitan dengan penyakit ini.

Mengapakah Penyakit Kulit Psoriasis Boleh Terjadi?

Meskipun punca sebenar penyakit ini masih belum dikenal pasti namun dipercayai bahawa penyakit ini berkait rapat dengan sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh berisi sel darah putih yang disebut limfosit T (sel T) sepatutnya berfungsi mengeluarkan dan melawan zat asing seperti virus atau bakteria. Namun, disebabkan kesalahan yang berlaku , sel T sebaliknya menyerang sel-sel sihat seperti sedang melawan luka atau infeksi.

Tubuh anda akan membuat sel-sel kulit baru lebih kerap dari yang seharusnya disebabkan serangan ini. Akibatnya, terjadilah tumpukan sel kulit berlebihan di atas kulit. Psoriasis juga termasuk dalam kategori penyakit autoimun disebabkan oleh alasan ini.

Selain itu, penyebab kepada penyakit ini juga berkemungkinan datang daripada faktor genetik. Hasil daripada kajian yang dilakukan, para ilmuwan menemukan fakta bahawa manusia yang memiliki genetik tertentu cenderung terkena psoriasis.

Namun, ada juga yang menghidap penyakit psoriasis tanpa gen tersebut manakala ada juga yang memiliki gen psoriasis tapi tidak mengidap penyakitnya. Ketahui lebih lanjut di sini!

Apakah Simptom Penyakit Psoriasis Kulit?

Gejala dan simptom penyakit psoriasis adalah berbeza bagi setiap individu. Kebiasaannya gejala yang timbul adalah berkaitan dengan jenis penyakit psoriasis yang dimiliki. Berikut merupakan beberapa jenis psoriasis yang mungkin anda hadapi berdasarkan simptom yang ditunjukkan.

Penyakit Psoriasis Plak Merupakan Yang Paling Umum

Jenis psoriasis yang paling umum adalah Psoriasis plak atau dikenali sebagai psoriasis Vulgaris. Antara gejala yang mungkin dialami disebabkan psoriasis jenis ini adalah :

  • Plak ditutupi dengan lapisan kering, tipis, dan berwarna putih keperakan.
  • Kawasan yang dijangkiti akan rasa gatal dan terbakar, anda boleh meletakkan krim kulit gatal pada tempat berkenaan bagi mengurangkan kesan dari simptom ini.
  • Gejala akan sering muncul di kawasan kulit kepala, siku, lutut, dan punggung bawah.
  • Sisik tebal berwarna perak dengan bercak merah pada kulit.
  • Kulit kering dan pecah-pecah hingga berdarah, bagi menangani gejala ini, dapatkan pelembap untuk kulit kering di klinik atau farmasi.

Jenis Psoriasis Gutata Sering Muncul Pada Kanak-kanak Dan Remaja

Keadaan seperti ini sering disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti radang yang terjadi di tekak. Gejala yang selalunya muncul disebabkan psoriasis gutata adalah munculnya benjolan kecil di kulit secara tiba-tiba. Benjolan biasanya akan menutupi sebahagian besar tubuh, kaki, dan lengan. Benjolan juga boleh muncul di sekitar wajah, kulit kepala, dan telinga.

Benjolan yang muncul selalunya berwarna merah muda dan bersisik. Namun, teksturnya tidak setebal plak pada psoriasis vulgaris.

Penyakit Psoriasis Pustulosa Hadir Dengan Berbagai Gejala

Jika anda dijangkiti oleh psoriasis pustulosa, anda akan menghadapi berbagai gejala seperti kulit merah dan bengkak yang disertai benjolan berisi nanah. Selain itu, akan muncul titik-titik berwarna coklat apabila benjolan sudah kering. Pesakit yang mengalami psoriasis pustulosa akan merasa sakit ketika beraktiviti terutama ketika menggunakan tangan atau kakinya.